PROFIL PPKI
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara".
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah
satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid -murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid -murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment