Thursday, 27 April 2017

TERAPI BOWLING DAN RIADAH

Tarikh  :  26 April 2017
Tempat : City Park Seremban 2, dan Mydin Mall Seremban 2


 Program PdP luar bilik darjah yang akan diadakan pada setiap bulan untuk:-
  1. Meningkatkan kemahiran psikomotor tangan dan kaki murid khas.
  2. Menanamkan minat bersukan di kalangan murid - murid.
  3. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan komuniti setempat.

           
        Tentatif :- 

                      8.00 pagi   : Bertolak dari sekolah ke City Park, Seremban 2
                      9.00 pagi   : Bermain alat permainan
                                          Berjalan - jalan di sekitar City Park
                      9.50 pagi   : Bertolak ke Mydin Mall, Seremban 2
                      10.10 pagi : Taklimat Jurulatih Boling
                                          Terapi boling
                    1.30 petang : Makan tengah hari
                    2.00 petang : Bertolak balik ke sekolah 














Friday, 21 April 2017

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA SK INTAN PERDANA, PORT DICKSON, 
NEGERI SEMBILAN



Tarikh    : 20 April 2017
                                                          Masa      : 10.30 pagi
                                                         Tempat   : Bilik PPKI SK Intan Perdana



Ibu bapa yang hadir

Perbentangan agenda mesyuarat

Juadah yang disediakan

Juadah yang disediakan





Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan komitmen yang diberikan untuk Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa.

Wednesday, 5 April 2017

LAWATAN MESRA KE PROGRAM DALAM KOMUNITI (PDK) TELOK KEMANG, PORT DICKSON


                     
               Pada 3 April 2017, Isnin pihak PPKI mengadakan lawatan mesra ke PDK bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai seorang murid yang akan menyambung pelajaran beliau di PPKI SK Intan Perdana. 
               
           Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra oleh pegawai -pegawai di PDK dan dengan kerjasama penyelia PDK iaitu Puan Rosnita binti Mamat, pihak kami menerima pelbagai maklumat mengenai murid tersebut. Hal ini memudahkan guru -guru dan PPM Pendidikan Khas SK Intan Perdana untuk menyediakan bahan-bahan khas untuk keperluan murid itu.

Berbincang mengenai PdP di PDK

Hasil kerja dan tahap penguasaan murid

Bersalaman dengan ucapan terima kasih



Monday, 3 April 2017

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS


Definisi Pendidikan Khas

                            Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid -murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan -bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid individu. 



Kelas PPKI
Aspek yang perlu diberi penekanan sewaktu pembukaan PPKI:
  • Keselamatan kelas
  • Lokasi bersesuaian
  • Keluasan minimum satu kelas PPKI yang dicadangkan satu perdua bay (1 1/2 bay)        


Program Inklusif

Program Pendidikan Khas yang menempatkan murid - murid yang potensi untuk mengikuti PdP di kelas normal. Pemilihan murid adalah berdasarkan penilaian prestasi dan pencapaian mereka di kelas khas. menerusi program ini, murid -murid khas berpeluang mengikuti mana -mana matapelajaran di kelas aliran perdana dengan bimbingan dari guru matapelajaran tersebut dan seorang guru Pendidikan Khas. Program Inklusif terbahagi kepada dua (2) iaitu:-

a) Separa Inklusif:
Murid yang mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas. Senarai nama murid berada di dalam daftar Program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau pendamping. Ujian sama seperti murid biasa.


           b) Inklusif Sepenuh Masa
Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Senarai murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh rujuk daripada Guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah. Murid berpeluang untuk mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM.


KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat bermula Tahun 1 di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan sekolah rendah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi.



Rujukan / Bahan berkaitan Pendidikan Khas:-
Buku pengoperasian Pendidikan Khas yang lengkap, layari :-
http://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/BUKU%20PANDUAN%20PENGOPERASIAN%20PPKI-2015.pdf




                 

Saturday, 1 April 2017

PROFIL PPKI



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara". 


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.



VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid -murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.



 MISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid -murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.