Friday, 31 March 2017

SEJARAH PENUBUHAN 
PPKI SK INTAN PERDANA

              Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula bertapak di SK Intan Perdana pada 27 Mac 2017. Program dan kelas ini dibuka oleh dua orang Guru Pendidikan Khas iaitu Puan Hazliza binti Ahmad dari SK Pasir Panjang, Port Dickson dan Puan Nor Husnani binti Hussain dari SK Lukut, Port Dickson dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), iaitu Cik Nor Syawalnita binti Alias. Kelas PPKI ditempatkan sementara di Bilik Kesihatan dan mempunyai sebuah kelas yang terdiri daripada tiga orang murid. Murid ini daripada SK Kg. Baru SiRusa, Program Dalam Komuniti (PDK) dan SK Intan Perdana.


          Kemasukkan pelajar ke kelas PPKI perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan iaitu murid perlu menjalani pemeriksaan doktor pakar. Apabila doktor pakar telah mengesahkan murid tersebut mengalami pembelajaran, perlu ditempatkan ke kelas khas, maka penempatan akan dibuat oleh Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson (PPD PD) di sekolah bersesuaian. Kemudian murid berkenaan boleh mengikuti Pendidikan Khas di kelas yang disediakan. Setelah itu, murid ini boleh membuat permohonan kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Murid ini akan berada di Sekolah Rendah sehingga berumur 14 tahun.

              
             Pendidikan Khas ini bertujuan untuk melatih murid mengurus diri dan menjalani kehidupan seperti biasa. Hasil keprihatinan pihak pentadbir sekolah, guru, pihak PPD PD dan masyarakat sekeliling sebuah kelas dapat diwujudkan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sebagai sebuah program yang baru dibuka maka banyak lagi aspek yang perlu di ambil kira untuk dilengkapkan dari semasa ke semasa.