Friday, 19 January 2018



KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Januari 2018 (Rabu) bertempat di SK Intan Perdana. Murid tahun 4 hingga tahun 6 menyertai kejohanan ini. Tidak ketinggalan juga murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyertai kejohanan ini. Seramai tiga (3) orang murid PPKI menyertai program ini. Mereka ialah Muhammad Nabil Hakimy bin Abdullah, Muhamad Amirul Akmal bin Abdullah dan Siti Nur Aliya binti Norman. Walaupun tidak berjaya, tetapi semangat kesukanan tetap ada dalam diri mereka.

TAHNIAH !!!





















Monday, 15 January 2018

MURAL 

11 Januari 2018
 Mural untuk Bilik Pendidikan Khas yang baru.







Saturday, 6 January 2018

PENDAFTARAN TAHUN SATU DAN PPKI

Program ini diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan iaitu 2 - 4 jan 2018 (Selasa - Khamis).

Seramai tiga orang murid baru PPKI iaitu Amni Mufeedah binti Mohd Aidzir, Nur Syahzleen Aleeya binti Abdul Muhaimin dan Tan Constant.






 

Monday, 1 January 2018

Friday, 24 November 2017

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Hari Anugerah Cemerlang bertujuan mengiktirafkan kemenjadian murid dari segi kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. 

Program ini telah dilaksanakan pada :
 Tarikh: 22 November 2017 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Intan Perdana Port Dickson.

 Seramai tiga orang murid PPKI berjaya mendapat pengiktirafan:-
1. MUHAMAD AMIRUL AKMAL BIN ABDULLAH
2. MUHAMMAD NABIL HAKIMY BIN ABDULLAH
3. MUHAMMAD ADNAN IN MOHD JAMIL

Semoga murid PPKI akan terus berjaya dan cemerlang pada masa hadapan.

TAHNIAH !!!












 
 

Tuesday, 7 November 2017


KEJOHANAN BOLING TENPIN PPKI 
PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON 2017


6 NOVEMBER 2017
 

      PPKI SK Intan Perdana telah meghantar dua pasukan ke kejohanan boling iaitu satu pasukan kategori masalah pembelajaran dan satu lagi kategori sindrom down. Kejohanan diadakan di Ole-ole Super Bowl Mydin Mall Seremban 2. Pasukan boling dibawah bimbingan dua orang guru iaitu Puan Hazliza binti Ahmad dan Puan Nor Husnani binti Hussain.

        

Pasukan Kategori Masalah Pembelajaran:-

   1. Muhammad Nabil Hakimy bin Abdullah

   2. Muhammad Haikal Nashriq bin Kamarul Sharizam

   3. Muhammad Adnan bin Mohd Jamil

 

     Pasukan Kategori Sindrom Down:-

1. Muhammad Fikri bin Abdul Samat


      Alhamdulilah dan tahniah kepada Muhammad FIkri bin Abdul Samat. Percubaan pertama yang sangat baik. Walaupun tempat keempat tetapi semangat kesukanan beliau amat tinggi. Semoga PPKI SK Intan Perdana akan terus beroleh kejayaan pada suatu hari nanti. In Shaa Allah..

 








           

Sunday, 29 October 2017

TERAPI PSIKOMOTOR DAN REKREASI

Matlamat :
  • Memberi pendedahan kepada murid dengan aktiviti luar.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid serta boleh berdikari dalam kehidupan seharian.
  • Melatih murid bergaul dengan komuniti luar.
  • Mewujudkan budaya tolong-menolong antara satu dengan yang lain dan tidak mementingkan diri semdiri.
  • Mewujudkan 'team work' dan semangat kerja berpasukan. 

Pelaksanaan :
Tarikh : 25 Okober 2017
Masa : 7.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Bio Silver Asahan Water Theme Park

Aturcara Program :
            07.00 pagi                      - Mula bertolak ke Asahan Water Theme Park
          09.00 pagi                      - Tiba di Bio Silver Asahan Water Theme Park
          09.15 pagi                      - Sarapan pagi
          09.30 pagi                      - Aktiviti telematch
          11.30 pagi                      - Penyampaian Hadiah dan Sijil
          12.00 tengahari              - Makan Tengahari 
            2.00 petang                  - Aktiviti Air
            5.00 petang                  - Bersurai

 Program ini menggabungkan murid dan guru SK Intan Perdana dan SK Lukut Port Dickson. Seramai 24 orang murid dan 7 orang guru menyertai aktiviti ini. Di harap program seperti ini dapat dijalankan pada setiap tahun supaya murid dapat mengaplikasikan kemahiran dalam aktiviti seharian mereka.